Bersabarlah, kerana sesungguhnya ALLAH
akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan.
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera.
***********************************************************
Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki kaedah ia itu:
1- Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.
2- Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagian, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.
3- Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatkan semangat.
4- Menjalani kehidupan apa adanya dan menerima baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.
5- Hayati hidup yang sedang dijalani, jangan sesali hal yang telah berlalu, dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.
6- Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan . Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan- keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.
7- Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.
8- Biasakanlah diri anda dengan murah senyuman, berjiwa periang, dan berteman dengan orang-orang yang optimis.
9- Membantu orang lain dalam kebahagian agar mendapatkan harumnya kebahagian darinya.
10- Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagian.
_____________________________________________________

Menjaga Hati |
Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati." "Bukhari dan Muslim" Huraian i) Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati. ii) Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah. |
No comments:
Post a Comment