selalu nye hr isnin mmg sgt le mls nk bekerja...huhuu...setelah 2 hr b'mls2an kt rmh nk mula kn kje blk tu...Ya Allah...huhuhu..tuhan je yg tahu....
ok la...utk hr ni disebabkn kemalasan yg melampau...bc email2 yg melambak tuh...then rs nk share cte ni kt sni...buat renungan diri sdri n semua..
-----------------------------------------------------------------------------Sejak hari pertama hingga hari ketiga dalam musim panas ini,
mencabar aku berpuasa tahun ini tidak seperti tahun-tahun yang
lepas. Dua tiga hari telah terasa udara yang panas. Kesihatan
aku pun agak kurang sehat dan tiada selera lansung untuk berbuka
dan bersahur hanya mampu minum air dan buah kurma.
Selepas isyak aku gagahi keluar ke klinic, aku singgah di sebuah
restauran untuk membasahkan tekak kebetulan berhadapan dengan
klinic. Dalam masa yang singkat datang seorang pemuda bersongkok,
dengan beg sandang kecil tersangkut di bahu, dan di tangan ada
resit meminta derma dari satu meja ke satu meja, Derma untuk
sekolah tahfiz. Sebelum ini aku juga sering temui mereka. Cuma
apa yang aku rasa terkilan melihat pemuda ini, diwaktu orang
lain solat sunat terawih berjamaah di masjid, akan tetapi mereka
masih mengutip derma dari siang sampai malam, Sekiranya mereka
ini dipergunakan untuk mengutip derma memang kasihan.
Pada waktu ini memang tidak ramai pelangan yang beragama Islam,
yang ada hanya Cina dan India juga terdapat beberapa orang Islam.
Setelah aku selesai berjumpa doctor, aku terus ke sebuah pasaraya
hyper yang mana jam 10 malam. Bila aku melangkah masuk aku
ternampak dua orang remaja yang sedang meminta derma pada
orang yang lalu di situ. Aku terus berlalu menaiki escalator ke-
bahagian atas. Jiwa aku rasa tertekan melihat remaja-remaja yang
dipergunakan dalam situasi sekarang. Sepatutnya mereka berada di-
rumah ataupun di mesjid. Mengapa mereka di perlakuakan begini.
Mengapa mereka tidak di beri peluang untuk beribadah dan berehat
pada waktu malam dibulan yang mulia ini. Bagi remaja yang lain
dapat bersama keluarga dan solat di mesjid. Juga mereka terpaksa
berjalan dari satu tempat kesatu tempat. Dan dalam perjalanan
pulang aku ternampak seorang remaja yang berjalan bersendirian
menuju ke deretan kedai makan. Yang jelas aku kira mereka dari
satu kumpulan dengan memakai songkok dan memegang buku
resit.
Aku hanya mampu berdoa agar mereka dilindungi Allah swt dari
kejahatan manusia dan syitan juga selamat dunia dan akhirat.
Sebenarnya kita pun tidak mampu untuk membaca apa yang
sedang mereka lalui dan perasaan yang bermaian pada minda
mereka.
Andainya kesakitan atau kesusahan mengetuk pintu, bukalah
dengan sabar. Hadirnya di situ kerana Allah menguji kita.
No comments:
Post a Comment